Sindiran Khairuddin akhirnya terpaksa ditelan semula

Sindiran Khairuddin akhirnya terpaksa ditelan semula

Pada 3 Mac 2019 yang lalu, Yb Khairuddin at-Takiri menyindir idea memperkenalkan tanaman buluh sebagai alternatif kepada tanaman sawit. Walaubagaimanapun semalam, dia terpaksa menelan semula sindirannya.

Dalam satu kenyataan media “Status Pembangunan Industri Buluh”, dia menyatakan penanaman buluh akan dijadikan sebagai ‘Game Changer’ dalam Rancangan Malaysia ke Dua Belas.

Inilah sikap pemimpin PAS yang cakap tidak serupa bikin. Sebahagian perkara halal bagi mereka, haram pada yang lain.

Banyak idea dan kritikan mereka tidak praktikel dan hanya menjadi penyedap dalam ceramah dan komen politik mereka.

Berikut komen YB Khairuddin semasa menjadi pembangkang:


Ini pula merupakan kenyataan YB Khairuddin sebagai menteri yang mengantikan YB Teressa Kok.

Dalam artikel yang dikongsi oleh YB Khairuddin, Teresa Kok menyebut:

“Saya rasa inilah masanya untuk kita hentikan perluasan penanaman kelapa sawit dan melihat kepada tanaman lain contohnya di Pahang sesete­ngah kawasan terdapat banyak pokok buluh. Buluh boleh dijadikan banyak barangan dan Jepun adalah pasaran terbaik untuk produk buluh.

“Ini adalah antara jenis pokok (tanaman) yang boleh kita lihat, lupakan hanya menumpukan kepada penanaman kelapa sawit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Projek The Valley@Bentong di sini hari ini.

https://www.malaysia-today.net/2019/03/03/lupakan-kelapa-sawit-tanam-buluh/ 

 

COMMENTS

Wordpress (0)