PAS beri nyawa kepada UMNO yang didakwanya ‘alat British’

PAS beri nyawa kepada UMNO yang didakwanya ‘alat British’

SIRI #1 PEMBOHONGAN HADI AWANG

DS Abdul Hadi menulis dalam suratnya kepada gerakan Islam:

“British telah meletakan syarat kemerdekaan dengan menerima kaum bukan bumiputera sebagai rakyat dan kemudiannya dibawa solusi solusi dari luar yang dipaksakan ke atas umat Islam dalam bentuk ideologi ideologi sekuler yang mengakibatkan tidak terbangunnya sebuah kerajaan yang kuat untuk menjaga kedaulatan umat Islam di negara sendiri.”

JAWAPAN

UMNO adalah parti yang mesra terhadap polisi-polisi penjajah British. Abdul Hadi sendiri di dalam tulisannya bertarikh 5 Mac 2013 menyatakan bahawa pada saat parti-parti yang tidak mesra British diharamkan seperti Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), penjajah British membenarkan UMNO bergerak dengan bebas di seluruh negara pada masa darurat di tahun 1948.

Selepas itu UMNO diberi kuasa mentadbir Malaysia oleh British bagi menyambung sebahagian dasar dasar British. Selepas 63 tahun memerintah, UMNO dan Barisan Nasional (dahulunya Perikatan) telah ditolak rakyat dalam pilihanraya ke-14 (2018) yang lalu.

Malangnya pada hari ini, PAS telah memberi nyawa kepada UMNO dengan bekerjasama atas nama Muafakat Nasional untuk mengangkat UMNO kembali memerintah negara pada hari ini dalam keadaan para pemimpin UMNO terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan.

COMMENTS

Wordpress (0)