MInyak USA Terendah Dalam Sejarah & Kegawatan Ekonomi Akibat COVID-19

MInyak USA Terendah Dalam Sejarah & Kegawatan Ekonomi Akibat COVID-19

Harga minyak mentah US ( US Crude Oil) jatuh ke para harga terendah dalam sejarahnya, iaitu – USD 37.63 setong pada Isnin, 20 April 2020. Iaitu kejatuhan 300 %. Harga pada Jumaat masih positif iaitu pada USD 18.27 setong.

Ia berpunca dari lambakan minyak mentah, proses Lockdown yang mengehadkan penggunaan minyak serata USA dan dunia, serta kekurangan tempat simpanan bagi lambakan minyak terbabit.

Antara sebab lain, dikatakan berpunca dari pemain instrumen CPO Future di USA menjual semua pegangan mereka disebabkan kontrak instrument futures untuk bulan May terbabit yang sudah hampir ke tempoh akhir iaitu hari Selasa (21 April 2020), justeru pelabur mensasarkan untuk membeli kontrak futures untuk bulan Jun.

Pelantar minyak aktif di US juga hanya sepertiga sahaja yang masih aktif sepanjang bulan ini, disebabkan permintaan kurang dan kawalan pergerakan.

Pun begitu, harga minyak dunia Brent masih lagi tidak serendah USA iaitu pada harga USD 26 satu tong pada hari Isnin lepas (20 April 2020). Ini kerana pengeluar minyak masih lagi boleh menghantar minyak mereka ke tempat yang mempunyai permintaan tinggi dan sederhana.

Untuk makluman, Malaysia akan kehilangan hasil sekitar RM 300 juta bagi setiap penurunan USD1 harga minyak brent. Bajet 2020 mengira hasil Malaysia pada anggaran USD 62 se tong. Ia telah lari amat jauh lebih 100 %.

Defisit negara Malaysia turut pastinya bertambah dengan kos pengurusan dan pembangunan jauh lebih tinggi dari hasil negara. Justeru, pemotongan kos tidak dapat dielakkan, kehilangan pekerjaan pasti akan berlaku.

Malah semua ini menunjukkan kegawatan ekonomi dunia akan melanda dan ia tidak akan segera pulih selagi vaksin Covid-19 berkesan masih gagal diagihkan. COVID19 akan mengehadkan sektor pekerjaan dan keseluruhan ekonomi setiap negara di dunia.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
21 April 2020

COMMENTS

Wordpress (0)