Mahasiswa didenda dan dipenjara, Anak pemimpin politik beri keterangan polis

Mahasiswa didenda dan dipenjara, Anak pemimpin politik beri keterangan polis

Masa depan dua mahasiswa mungkin menjadi sukar akibat didenda RM800 dan dipenjara 7 hari kerana keluar rumah membeli kek batik untuk rakan sekaligus ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tiada sebab yang boleh menjustifikasi pelanggaran undang-undang apatah lagi dengan sebab yang remeh khususnya dalam pada kita memerangi wabak Covid-19 ini.

Sumber Bernama melaporkan, hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada 23 April yang lalu.

Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan mengapa tindakan undang-undang yang sama tidak diambil terhadap beberapa pemimpin PN dan Nurul Hidayah yang merupakan anak presiden UMNO bersama suami dimana mereka hanya dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis apabila didakwa melanggar PKP.

Dia dan suami membuat perjumpaan bersama Menteri Agama dan Timbalan Menteri Alam Sekitar bahkan mencabar pengkritiknya untuk melaporkan kepada polis di Instagram miliknya.

Membalas komen di Instagram miliknya, dia berkata “Reportlah (laporlah) polis tak payah komen sini. Saya sedia bagi keterangan dari saya. Saya cabar”.

PKP fasa kedua dan ketiga antara lain menghadkan hanya seorang dibenarkan berada dalam satu kereta dan perjalanan terhad dalam lingkungan 10km kecuali dengan kebenaran polis atau kebenaran bekerja.

Beberapa pemimpin PN sebelum ini turut dikritik oleh pengguna media sosial selepas didakwa melanggar PKP termasuklan Exco Perak Razman Zakaria dan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali.

COMMENTS

Wordpress (0)