Dr Dzulkefly Jawab Berita Palsu Screenshot “Pelancong Cina Digalakkan Bercuti Ke Malaysia”

Dr Dzulkefly Jawab Berita Palsu Screenshot “Pelancong Cina Digalakkan Bercuti Ke Malaysia”

Dr Dzulkefly terpaksa tampil menjelaskan dan menjawab berkenaan Screenshot berita palsu yang sedang diedarkan yang mana beliau telahpun menjawabnya semasa masih lagi bertugas sebagai YB Menteri Kesihatan.

Berikut hantaran beliau di facebook:

————————————————-

KENYATAAN MEDIA DR DZUL PADA 27 JANUARI 2020 BERKENAAN SUMBER BERITA PALSU

[ADMIN] Tangkap layar yang ditularkan di socmed pada laman berita Bah News bertajuk PELANCONG CHINA DIGALAKKAN BERCUTI KE MALAYSIA ASALKAN GUNA TOPENG MUKA adalah PALSU dan BERNIAT JAHAT oleh pihak-pihak tertentu.Carian sebelum ini adalah pada sumber berita berkenaan mendapati bahawa tajuk berita berkenaan telah disunting kepada TANGGUH PERJALANAN KE CHINA, NASIHAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA (misleading) dan ianya dimuat naik pada 26 hb Januari 2020 yang telah dikemaskini (http://bahnews.org/pelancong-china-digalakkan-bercuti-ke-malaysia-asalkan-guna-topeng-muka/).Berkenaan berita yang dimuat lain ke portal berkenaan, ianya telah diberi liputan dan dimuat naik kali pertama dalam laman berita media arus perdana pada 23 Januari 2020 (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649443/wisma-putra-minta-rakyat-malaysia-tangguh-perjalanan-ke-wuhan-china) berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra sendiri.Dr Dzulkefly pada sidang media yang berikutnya selepas daripada tarikh berkenaan mengulangi saranan Wisma Putra agar menangguhkan perjalanan ke China jika tiada keperluan mendesak selaras dengan keputusan kabinet. Justeru, konotasi ayat Pelancong China Digalakkan Bercuti ke Malaysia Asalkan Guna Topeng Muka TIDAK PERNAH DISEBUT SAMA SEKALI dalam mana-mana sidang media yang dihadiri Dr Dzulkefly. Pada peringkat awal (gelombang pertama), KKM pada waktu itu telah membuat penyelidikan dan mendapat makluma balas daripada Public Health Emergency of International Concern dimana masih lagi patuh pada arahan International Health Regulations (IHR 2005) yang bersandarkan kepada arahan dan pendirian WHO untuk tidak menutup/sekatan kepada pelancong asing. Dr Dzul menyeru agar semua pihak tidak memetik berita daripada sumber yang tidak sahih untuk dimuat naik di media sosial kerana tindakan ini adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang. Jika tidak pasti, jangan kongsi. Klik dengan bijak dan jadilah pengguna yang bertanggungjawab. Penularan wabak COVID19 ini lebih utama untuk kita tangani. Semoga ia dipermudahkan..#beritapalsu#COVID19

Posted by Dr Dzulkefly Ahmad on Monday, March 16, 2020

Tangkap layar yang ditularkan di socmed pada laman berita Bah News bertajuk PELANCONG CHINA DIGALAKKAN BERCUTI KE MALAYSIA ASALKAN GUNA TOPENG MUKA adalah PALSU dan BERNIAT JAHAT oleh pihak-pihak tertentu.

Carian sebelum ini adalah pada sumber berita berkenaan mendapati bahawa tajuk berita berkenaan telah disunting kepada TANGGUH PERJALANAN KE CHINA, NASIHAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA (misleading) dan ianya dimuat naik pada 26 hb Januari 2020 yang telah dikemaskini (http://bahnews.org/pelancong-china-digalakkan-bercuti-ke-malaysia-asalkan-guna-topeng-muka/).

Berkenaan berita yang dimuat lain ke portal berkenaan, ianya telah diberi liputan dan dimuat naik kali pertama dalam laman berita media arus perdana pada 23 Januari 2020 (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649443/wisma-putra-minta-rakyat-malaysia-tangguh-perjalanan-ke-wuhan-china) berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra sendiri.

Dr Dzulkefly pada sidang media yang berikutnya selepas daripada tarikh berkenaan mengulangi saranan Wisma Putra agar menangguhkan perjalanan ke China jika tiada keperluan mendesak selaras dengan keputusan kabinet.

Justeru, konotasi ayat Pelancong China Digalakkan Bercuti ke Malaysia Asalkan Guna Topeng Muka TIDAK PERNAH DISEBUT SAMA SEKALI dalam mana-mana sidang media yang dihadiri Dr Dzulkefly.

Pada peringkat awal (gelombang pertama), KKM pada waktu itu telah membuat penyelidikan dan mendapat makluma balas daripada Public Health Emergency of International Concern dimana masih lagi patuh pada arahan International Health Regulations (IHR 2005) yang bersandarkan kepada arahan dan pendirian WHO untuk tidak menutup/sekatan kepada pelancong asing.

Dr Dzul menyeru agar semua pihak tidak memetik berita daripada sumber yang tidak sahih untuk dimuat naik di media sosial kerana tindakan ini adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang. Jika tidak pasti, jangan kongsi. Klik dengan bijak dan jadilah pengguna yang bertanggungjawab. Penularan wabak COVID19 ini lebih utama untuk kita tangani. Semoga ia dipermudahkan.
.
#beritapalsu
#COVID19

Sumber: https://facebook.com/story.php?story_fbid=3573314836074295&id=515881535150989&sfnsn=mo

VIDEO MENYANGGAH BERITA PALSU

SCREENSHOT BERITA PALSU YANG DISEBARKAN

COMMENTS

Wordpress (0)