AJK PAS Pusat sebar gambar palsu untuk pertahan isu ‘500 Negara’ menteri kesihatan

AJK PAS Pusat sebar gambar palsu untuk pertahan isu ‘500 Negara’ menteri kesihatan

Muhtar Suhaili yang juga merupakan AJK PAS Pusat bersama dengan penyokong PN dilihat menyebarkan tangkap layar palsu untuk pertahan kesilapan Menteri Kesihatan Adham Baba.

Gambar telesidang WHO yang pada mulanya disiarkan di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia hanya mempunyai 338 peserta telah diubah menjadi 538.

Menteri Kesihatan sebelum ini memuat naik video live bersama Presiden UMNO mengakui bahawa dunia mengiktiraf apa yang dia usahakan dan telah mengadakan telesidang bersama WHO ‘500’ Negara.

Kemudiannya dia mengakui tersasul dan apa yang hendak dimaksudkannya adalah 500 peserta dalam telesidang tersebut.

Penyokong PN telah menyebarkan gambar telesidang zoom dengan jumlah peserta yang telah diubah.

Sumber:

https://m.facebook.com/photo?fbid=10156870668306237&set=pcb.10156870671946237

COMMENTS

Wordpress (0)