11 FAKTA TUDUHAN KERAJAAN PH PENYEBAB WABAK TIDAK TEPAT

11 FAKTA TUDUHAN KERAJAAN PH PENYEBAB WABAK TIDAK TEPAT

Memandangkan terdapat usaha menuduh kerajaan PH bertanggung jawab menyebabkan letusan wabak CONVID-19 ini, maka berikut 11 fakta yang anda perlu tahu.

1. 1ST WAVE BERJAYA DIKAWAL

1st Wave yang diuruskan kerajaan PH (yang ditumbangkan pada 24Feb) yang terdiri dari pelancong China telah sihat sepenuhnya dan telah tinggalkan negara pada 27 Feb. Pada masa ini China telah melakukan LOCKDOWN yang bermaksud kawasan yang terjejas tidak boleh tinggalkan tempat mereka. Tiada lagi dibenarkan melancong.

2. 11 HARI GAP TIADA KES BARU

15Feb – Wave 1 tamat.

24Feb – Kerajaan PH tumbang.

27Feb – Bermula Wave 2.

3. 2ND WAVE BERMULA 27Feb

Gelombang kedua terdiri dari rakyat Malaysia yang membawa virus ini dari luar ke dalam Malaysia. Mereka BUKAN pelancong.

4. NEGARA TIADA KABINET SELAMA 16 HARI

Akibat langkah Sheraton, Malaysia kehilangan Kerajaan yang effektif untuk tangani Convid-19 selama 16 hari dari tarikh PH tumbang (24 Feb) sehingga perlantikan 70 Kabinet baru (10 Mac 2020).

Individu yang terlibat mengkhianat usaha Kerajaan tangani Wabak COVID-19

5. NEGARA TERLEPAS 16 HARI WAKTU KRITIKAL

Semasa berdepan dengan Gelombang Ke-2, Malaysia tiada Menteri Dalam Negeri untuk membuat polisi kawalan pintu sempadan, Tiada Menteri Agama untuk menghalang aktiviti berkumpul di masjid, Tiada Menteri Kesihatan yang memandu pasukan menentang wabak dan paling teruk NADMA telah hilang arah tuju apabila TPM sudah kehilangan jawatan.

6. WHO MEMUJI KERAJAAN PH TANGANI WABAK

Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru, berkata kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai.

7. IJTIMA TABLIGH 27HB JADI PUNCA UTAMA WABAK

Semasa tumpuan negara kepada drama politik Langkah Sheraton, tiada lagi kerajaan yang efektif memantau aktiviti yang menjadi punca ledakan kes CONVID-19. Disamping tumpuan juga kepada kesan ekonomi dan pasaran saham yang sebabkan 43bil hilang dari Bursa.

8. 24hb TWEET TERAKHIR DR DZULKEFLY

“Alhamdulillah! 2 lg kes COVID-19 pulih sepenuhnya & discaj hari ini. Tiada kes +ve baru. Kes-14 & Kes-19 sblm ini dirawat di HKL. Jumlah yang tlh pulih sepenuhnya & discaj hingga hari ini 20 orang. 2 masih dirawat di wad dan stabil. Tweet saya terakhir sbg YBMK. TK!”

9. KES 26 RAKYAT TEMPATAN PUNCA MEREBAK

Pesakit ini disahkan positif pada 29 Feb 2020 semasa TIADA KERAJAAN yang sebabkan kes merebak. Pada 4 Mac, 215 Kontak rapat, 16 Positif, 19 Negatif, 180 menunggu keputusan berpunca dari Kes 26 ini.

Sumber MOH

10. GRAF TREND MENURUN SEMASA PH

MOH Mendedahkan graf kes yang dilihat menurun semasa PH masih memimpin kerajaan dan mencanak naik setelah kerajaan ditumbangkan.

Sumber: https://kpkesihatan.com/2020/03/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

11. MALAYSIA MENJADI NEGARA TERATAS

12. MALAYSIA PECAH REKOD 190 KES SEHARI PADA 15 MAC 2020.

Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu berkait dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.

TUDUHAN FITNAH PENYOKONG KERAJAAN PINTU BELAKANG

Berikut usaha penyokong kerajaan Pintu Belakang Pakatan Nasional yang cuba membuat tuduhan dan menyebarkan poster berikut:

Kerajaan Pintu Belakang sebaiknya menumpukan perhatian kepada memerangi wabak ini daripada bermain politik dan membuktikan mereka mampu menanganinya walaupun telah diperingatkan berkali-kali bahawa kerajaan PH sepatutnya tidak digangu dalam tempoh negara menghadapi wabak COVID-19 yang membunuh ini.

Dalam hal ini, Dr Dzulkefly telahpun menjawab tuduhan fitnah ini:

Dr Dzulkefly Jawab Berita Palsu Screenshot “Pelancong Cina Digalakkan Bercuti Ke Malaysia”

 

COMMENTS

Wordpress (0)